Salam satu Malaysia buat semua.

Tak sampai berapa jam lagi , kita akan masuk tahun 2017.

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan Allah taala makbulkan doa kita untuk dilepaskan dari lilitan hutang yang membelenggu keliling pinggang kita rakyat Malaysia.

Ditambah lagi dengan kos sara hidup, harga barang yang dahulunya "Menteri Auta" kata GST menurunkan harga barang.
Sekarang,hapah pun rakyat tak dapat,melainkan "dedak" BR1M sebagai gula-gula untuk melupakan kesengsaraan yang berlaku.
Ini rumus dan sifir zaman "freemason" auta "dajjal" bagi Rm2 pada rakyat,kaut diam-diam Rm10 tanpa disedari.

Jangan jadi bodoh si "Jamban Tongkol" bertuala di depan orang,tak tau malu.
Esok berjubah kupiah depan kedai judi "kuda".Tak senonoh,memalukan melayu.

Ok..ok..melalut pulak,

Berbalik kepada tajuk di atas,

Maka akan ada soalan-soalan "tipikal" Bani Melayu dan bani satu Malaysia:


1.Berapa Harga?
2.Ada buat PC lagi?
3.Free ke Bayar?
4.Saya Nak boleh?
5.Bila boleh dapat lengkap kesemuanya,complete set?

6.Saya dah pernah PC,nak semua set lengkap boleh?

Jawapan:

1.Tiada Harga

2.Dah malas nak buat.
3.Ikut suka hati cikgu along.Selagi Najib PM,duit RM tak berapa laku.

4.Boleh,dengan syarat follow blog ini.
5.Cikgu along akan share buat hilang jemu duduk rumah,mana tau satu minggu satu muka,ikut rajin,ada dekat 500 muka lebih,in sya Allah setiap bab saya akan rajinkan diri merakam video dan guide satu-satu sampai semua faham.
6.Boleh dapat semua,tapi saya akan guide satu-satu di blog ini sama macam orang lain,sebab yang dah PC,biasalah Melayu mudah "lupa".Jika dapat cuba periksa balik dimana modul ini dismpan,bawah katil , hilang ataupun buat-buat bakar.


Jadi ,selepas ini saya akan guide ilmu ini di blog ini,satu persatu,in sya Allah,panjang umur kita ikhtiarkan khatam dalam tahun 2017 sampai semua trader dapat manfaat.Cikgu cuma share ilmu dan pengalaman.

Untung atau MC ,bab-bab rezeki aturan Yang Maha Kuasa ini saya tak mampu nak jawab.
Awak pergi hadap cermin,tepuk dada,tanya iman.


Di bawah ini adalah gambar-gambar Preview Modul (19 Bab) Ratusan muka surat untuk tatapan anda semua secara permulaan.

Dah belek semua satu-satu,jangan lupa komen di bawah:

Nak tulis apa cikgu along?

Ikut suka awaklah.Dah tua bangka belaka.