Salam Sejahtera, artikel ini saya tulis
dalam bentuk dwibahasa, Semoga faham apa yang hendak saya sampaikan.
Kita biasa dengar tentang bank yang
aktif dalam pasaran matawang. Hari ini
kita akan bincangkan pelanggan bank yang jarang di bincangkan oleh retail
trader.
Jumlah asset diuruskan oleh Pension
funds, Insurance dan Mutual fund (unit trust) bernilai $108.5 trillion pada
hujung 2014. Data dari thecityuk.com. Dana ini diuruskan dengan cara
yang amat berhati- hati, tidak boleh kena margin call, sebab dana ini diperlukan
dikemudian hari oleh pelaburnya.
Biasanya 60% dana ini dilabur kan dalam “fixed
income” atau Bon dan selebihnya dilaburkan dalam komoditi, saham atau tunai.
Bon yang mereka beli pula bukanlah sebarang jenis Bon, biasanya Bon dikeluarkan
oleh kerajaan, kerana kerajaan jarang jatuh bankrap berbanding dengan sektor
korporat.
Carta diatas adalah pulangan bon (atau yield)
kerajaan Amerika yang akan matang dalam tempoh 10 tahun, dan dibawahnya adalah
Bon 10 tahun Germany.
Selepas pemilihan Donald Trump sebagai
Presiden Amerika yang baru, beliau dijangka melakukan perubahan dasar fiskal
yang besar. Beliau berjanji berbelanja antara $500 billion ke $1 trillion dalam
pembangunan infrastruktur di Amerika.
Inflasi dijangka meningkat dan Federal
Reserve sebagai Central bank Amerika, mungkin terpaksa menaikkan interest rate
dengan kadar yang lebih pantas dari yang dijangka sebelum pilihan raya Amerika.
Ada dua cara melihat Bon, satu pada
harga dan satu lagi pada Yield yang diberi. Apabila Yield naik, itu bermakna
harga telah jatuh. Yield pula bergerak
seiring dengan kadar interest rate. Mungkin lain kali saya terangkan mengapa
ianya begini.
Perhatikan pada carta, Yield Bon 10
tahun Amerika meningkat naik secara mendadak selepas Pilihan Raya Amerika.
Bandingkan pula Yield Bon 10 tahun Germany yang bergerak secara sideways.
Bayangkan kita sebagai Pengurus Dana
Pension Funds, Mutual Funds dan Insurance Funds yang disebut diatas. Kita akan
memilih untuk membeli Bon Amerika berbanding Bon Germany kerana Bon Amerika
memberikan kita pulangan yang lebih baik. (Harga bon jatuh tapi sebagai pelabur
Bon, kita akan memegang Bon ini sehingga matang dan mendapat kembali modal kita
bersama pulangan yang lebih baik.)
Inilah sebab mengapa Dollar kuat
berbanding Euro dan matawang lain selepas pemilihan Trump.
Dunia menggunakan dollar dalam
kebanyakan urusan perdagangan komoditi. Apabila Dollar menjadi kuat, berbanding
matawang lain, nilai komoditi akan jatuh.
Sebagai contoh Rupee India dan Yuan
China, permintaan kepada Gold dari India dan China akan berkurangan apabila Dollar menjadi kuat
berbanding kedua-dua matawang tersebut.
Pada hujung tahun, biasanya pengurus
dana akan menutup buku dan mengambil keuntungan. Sesiapa yang membeli dollar
dan menjual Gold, akan menutup buku mereka dengan menjual dollar dan membeli
Gold. Saya fikir inilah yang terjadi pada minggu lepas.
Terdapat sedikit geopolitical risk pada
minggu terakhir 2016, apabila pentadbiran Obama cuba mencari pasal dengan
Israel dan Russia. Beliau ada 8 tahun untuk berbuat sesuatu tetapi hanya mampu
melakukannya pada saat terakhir pentadbirannya.
Bila tahun baru bermula, pengurus dana
akan melabur berdasarkan polisi yang dibuat oleh Donald Trump. Secara amnya,
Saya jangkakan Dollar akan menguat dan Gold akan melemah pada suku pertama
tahun depan.
George Soros termasuk dalam kumpulan
Hedge Funds. Beliau adalah pemain kecil sahaja dalam industri ini.
Selamat Melabur. Risiko, anda yang
tanggung.
Sebarang pertanyaan –
ahmadsherhanabusamah@gmail.com
0 Comments