Bila berlaku gempabumi, kita akan cari dimana ia bermula. Kita panggil epicenter. Dalam pasaran kewangan pun begitu.

Kita maklum tentang kemungkinan perang Nuclear yang sedang melanda dunia. Apakah kesan Geopolitical Risk ini akan berpanjangan? Mari kita fahamkan apakah mesej yang sedang disampaikan oleh pasaran kewangan.

Gambar 1
Ada masalah teknikal, gambar tidak dapat diupload. Untuk laporan penuh bergambar, anda boleh kesini

http://bit.ly/2pw32Nv


Telah berlaku Flight to safety didalam pasaran kewangan apabila Harga bond US telah meningkat. Bond boleh dilihat dengan dua cara, melaui harga dan Yield. Bila harga naik, nilai Yield akan jatuh dan sebaliknya.

Yield yang jatuh ini melambangkan arah interest rate di Amerika. Jika berlaku perang, Federal Reserve tidak mungkin menaikkan interest rates – agaknya itulah mesej dari Bond market.

Dalam carta bond, kita ada formation Double Top. Necklinenya telah ditembusi dan kita ada target Yield US 10 year Treasury sekitar 2%. Tak heran kalau Ringgit menguat minggu ini. Tetapi ada support yang kuat diparas antara 2.10% ke 2.20%.

Gambar 2

Yield yang jatuh inilah yang menyebakan Dollar indeks menjadi lemah.

Gambar 3

Dollar yang lemah dan Flight to safety, menyebabkan harga Gold meningkat.
Nampaknya perang memang tidak dapat dielakkan. Tetapi kesimpulan ini tidak dapat dibuat bila kita melihat pasaran saham.


Gambar 4

Pasaran saham sedang didalam down trend. Tetapi apa yang berlaku minggu ini tidak memberi banyak kesan kepada Dow Jones. Dow Jones sepatutnya jatuh 500 point sehari jika betul perang bakal melanda. Nampaknya masih ada harapan dan Bull market dalam pasaran saham mungkin akan berterusan.

Bulan April adalah earning season di Amerika. Esok kita ada Citigroup, JPMorganChase dan Well Fargo, bank-bank besar di Amerika akan membentangkan laporan mereka. Sentimen mungkin berubah jika kita dapat result yang baik.

Hubungi saya sekiranya perlukan khidmat nasihat pasaran, dan sekiranya company anda perlukan nasihat halatuju Ringgit dan Oil.