Pada awal bulan March, North Korea telah menembak 4 missile kearah Jepun tetapi Pasaran kewangan seakan tidak kisah perkara ini. Malah harga Gold terus menjunam sehingga kebawah 1200.
Ingat, sentiasa hormat pasaran walaupun news
bertentangan. Ikutlah trend pasaran.
Minggu ini G7 telah mengadakan mesyuarat pada
Hari Selasa dan Secretary of State dari Amerika, Rex Tillerson telah mengadakan
perjumpaan dengan Russia. Ini dan perkembangan terbaru di North Korea telah
buatkan Gold secara tiba-tiba naik mendadak.
Di Amerika, untuk menjawat jawatan Menteri
Luar ini perlukan kelulusan Senate. Presiden Amerika yang paling berkuasa di
dunia inipun tidak boleh memilih orangnya sesuka hati. Tillerson adalah bekas
CEO Exxon Mobil, company oil and gas terbesar didunia, mempunyai hubungan yang
baik dengan Russia. Semasa pemilihan Mr Tillerson ke jawatan ini, Trump telah
dikecam kerana dikuatiri pentadbiran Trump sedang dipengaruhi oleh Russia.
Sebab sebenar pemilihan ini akhirnya dapat
kita fahami apabila Tillerson diperlukan untuk berunding dengan Russia. Siapalah
yang lebih baik untuk berunding melainkan orang yang pernah berkenalan walaupun
hubungan perniagaan.
Trump’s
Loose Talk atau Cakap Lepas Trump
Dua perkara besar berlaku pagi tadi. Ada
press conference tentang perjumpaan Tillerson dengan Russia dan Trump telah
bermegah bahawa Dollar menjadi kuat disebabkan olehnya.
Trump masih baru sebagai Presiden. Di
Amerika, kebiasaannya pegawai kerajaan tidak bercakap secara langsung tentang
pasaran samada Dow Jones atau Currency. Kita andaikan percakapan Trump itu
bukanlah polisi Amerika sekarang.
Perang Ekonomi sebelum Perang Nuclear. Putin perlu
berwaspada .
Kita sudah diberi bayangan bahawa G7 dan
Amerika mahukan regime Assad di Syria berakhir. Persoalannya apakah yang
ditawarkan oleh Trump kepada Putin yang dia tidak boleh tolak?
Make him an offer he can’t refuse. Ini adalah
pengajaran menarik dari filem The Godfather. Saya fikir the worst case scenario
adalah akan berlaku tekanan ekonomi keatas Russia. Ini juga sedang menanti
North Korea.
Recession sedang melanda Russia pada masa
ini. Jika tekanan ekonomi dikenakan dan keadaan bertambah teruk, rakyat yang
lapar akan bangun memberontak. Putin perlu sedar perkara ini.
Di Amerika, keputusan dibuat melalui
institusi, menerusi proses atau peraturan tertentu, bukanlah dibuat oleh satu
orang sahaja. Perbezaan inilah membezakan politik Amerika dan Negara-negara
lain, dan membezakan matawang Amerika dan matawang Negara-negara lain.
Keputusan ramai biasanya menghasilkan
keputusan yang lebih baik berbanding seorang.
Hubungi saya sekiranya perlukan khidmat nasihat
pasaran, dan sekiranya company anda perlukan nasihat halatuju Ringgit dan Oil.
Buat Analisa
atau Gunakan Robot untuk Trade.
Berminat? Sila register
http://bit.ly/2ogtk8O
Rakan-rakan di PipHijau, jika tulisan ini
berguna untuk marketing anda, sila gunakan. Tiada Masalah.
Selamat Melabur. Risiko anda yang tanggung
dan semoga mesejnya sampai.
Ahmad Sherhan Abu Samah. Penganalisa Makro.
0 Comments