Sejak awal bulan Ogos (1/8/18) pair major GBPUSD telah mengalami kejatuhan sebanyak lebih kurang 320 pip ataupun 1.7%, dengan jumlah kejatuhan sekitar 1,550 pip sejak pertengahan April 2018. Ini menggambarkan sentimen pasaran yang majoriti memilih untuk short matawang Pound berbanding Dollar US. Malah, nilai pertukaran Sterling dan US Dollar telah hit harga yang sama pada bulan Ogos tahun lepas.

Kejatuhan ini dipengaruhi oleh kebimbangan para pelabur terhadap kemungkinan kegagalan perjanjian antara UK dan Kesatuan Eropah (EU) susulan undian Brexit pada 29 Mac tahun lalu. Malah Gabenor Bank of England, Mark Carney sendiri menyatakan bahawa kebarangkalian untuk UK memeterai perjanjian dengan EU adalah 'uncomfortably high'. Ditambah pula dengan kenyataan daripada Setiausaha Perdagangan Antarabangsa (ITS), Liam Fox yang meletakkan kebarangkaliannya tidak lebih daripada 60-40.

Selaku retail traders, kita akan menganalisa pair ini secara teknikal dan mencari peluang untuk short pada level-level yang signifikan. Mari kita lihat Key Level pada pair ini pada Daily Timeframe .


Kita dapat lihat level support pada 1.3000 dengan mudah ditembusi pada minggu ini. Majoriti traders akan menjangkakan ia akan menguji next support pada 23/8/17 iaitu sekitar 1.27760.

Dalam keadaan pair yang trending sebegini, agak jarang untuk kita lihat retracement move atau repair yang lebih 50% daripada current low. Jadi ideanya adalah kita mencari possible entry oleh majoriti traders di dunia yang melihat candlestick yang sama (self-fulfilling prophecy).

Untuk mendapatkan entry yang lebih sharp, kita pergi ke Timeframe yang lebih kecil (H1).



Kita dapat lihat ada satu support level yang berpotensi untuk menjadi resistance kepada current trend, sekitar 1.29240. Saya kira level ini adalah fresh kerana price belum berpatah balik ke point tersebut. Stoploss yang munasabah adalah sedikit atas (sekitar +10pips) daripada SBR sebelumnya, 1.29748.

Untuk menentukan Take Profit point, kita akan menggunakan foward indicator - fibonacci untuk melihat level-level yang TP yang relevan.



Fibo ini ditarik daripada highest level ke lowest level pergerakan minggu ini. Berhati-hati jika anda berhasrat untuk entry against current trend, bak kata orang jawa, be careful of catching a falling knife, you might not able to handle the wound!

 Semoga anda belajar sesuatu daripada post ini. TAYOR!

Til then, Happy Trading!