Market is
still in a range trading mode.
Hari Rabu lepas saya tulis trading plan untuk
menghadapi undian Tax Cut Bill oleh Senate. Kita cadangkan jual Gold dan beli
Dollar. Tapi pasaran tidak semudah itu. Politik mengganggu trading idea ini.
Sebab itu money management penting.
Hari Khamis, US Secretary of State, dikatakan
bakal digantikan oleh White House. Berita ini sudah pun dinafikan pada hujung
minggu.
Kemudian hari Jumaat, Michael Flynn, bekas
penasihat sekuriti Trump mengaku menipu FBI berkenaan siasatan campur tangan
Russia semasa pilihan raya Presiden tahun lepas.
Beliau sedia menjadi saksi sekiranya Trump
dipanggil membela diri.
Kedua-dua news politik ini membuatkan Gold Spike
keatas.
Seterusnya, hari Sabtu, Senate meluluskan usul tax
Cut. Tax Cut bill ini akan memberi kesan positif kepada ekonomi Amerika dan
meningkatkan inflasi. Kesan news ini kepada pasaran dijangka akan berlarutan
buat seketika
Kesan Tax
Cut Bill kepada Interest rates
Ada dua badan perundangan tertinggi di Amerika,
Senate dan House. House boleh memilih untuk terus menerima Tax Cut Bill Senate
dan menghantarnya kepada Presiden Trump untuk ditandatangani.
Kalau ini terjadi, maka Dollar akan menjadi lebih
kuat dan Gold akan terus melemah.
Tetapi yang mungkin berlaku ialah, satu committee
akan membincangkan Tax Cut Bill Senate dan Tax Cut Bill House dan satu tax cut
bill yang dipersetujui oleh committee ini akan diundi lagi di Senate dan juga
House.
Presiden Trump dijangka menandatangani Tax Cut
Bill ini sebelum Krismas.
Sekarang kita ada timeline and kita boleh faham
mengapa pasaran masih boleh bergerak secara sideways.
Analisa
Teknikal Interest Rates
Dalam masa terdekat, US Bond Yield 10 tahun
dijangka mampu naik keparas 2.5 atau 2.6%, sebelum jatuh. (dollar akan mengukuh
dan Gold melemah.
Apa menanti
2018?
Jika tiada masalah politik, tax cut dan ekonomi
yang stabil dan progresif, Federal Reserve mungkin akan memberi guidance yang
mereka boleh menaikkan interest rates dengan lebih laju lagi. Sekarang pasaran
menjangkakan kenaikan interest rates sebanyak 2 kali pada tahun hadapan. JP
Morgan Asset management membayangkan kenaikkan interest rates sebanyak 4 kali.
Masalah
Politik
Jika Trump didakwa, Yield boleh jatuh ke paras
2.27% atau 2.20% atau mungkin pada paras 2.0%.
Masih terlalu awal untuk membuat sebarang
spekulasi, tapi jika Trump dipanggil, saham akan jatuh, Gold akan menjadi
pilihan untuk “Flight to safety”, dan German Bond akan menjadi pilihan
berbanding US Bond.
Berwaspadalah.
News
Analysis
Sesiapa yang ada soalan tentang news atau
fundamental trade, boleh lah diajukan disini:
Siapa yang belum ada akaun boleh register disini
0 Comments