Pada minggu lepas pair 'liar' GBPJPY telah membuat pergerakan bullish dengan momentum yang sangat baik, menandakan ramai sellers telah 'risk off' daripada shorting pair ini.

Kenaikan tersebut signifikan pula dengan level 50% fibo daripada rally yang bermula pada Oktober 2016 dan berakhir pada Januari 2017. Anda boleh rujuk gambar di bawah untuk gambaran yang lebih jelas.


Adakah ia satu kebetulan atau another 'self-fulfilling prophecy'? Mari kita lihat dengan lebih teliti.

Bullish rally minggu lepas juga telah menghasilkan Candlestick Reversal Signal (CRS) yang popular, iaitu Morning Star, salah satu tanda permulaan perubahan trend yang diterimapakai di seluruh dunia. Ia merupakan jawapan kepada candlestick doji yang terhasil pada minggu sebelumnya, yang menandakan kebanyakan traders belum decide samada untuk short atau long pair ini. Anda boleh rujuk Weekly Chart pair GBPJPY seperti di bawah untuk melihat formation CRS tersebut.



Namun, CRS tersebut belum cukup sempurna kerana bull candle yang terhasil selepas Doji tersebut tidak dapat engulf keseluruhan bear candle sebelumnya, menandakan sentimen market yang masih berhati-hati terhadap rally ini.

Sebagai retail traders, kita ada pilihan samaada untuk ride the trend - menunggu peluang buy berdasarkan rally last week atau menanti peluang sell berdasarkan level-level yang kita faham dan risiko yang sanggup kita tanggung.

Bagi traders yang prefer long, ini adalah trade idea untuk anda.


Buyers akan menanti retracement di fibo area 23.8 - 50% untuk peluang long pair ini dengan stoploss yang munasabah, sekitar 20 pips di bawah lowest low (LL) sebelumnya. Dengan Risk Reward Ratio yang menarik, ia adalah peluang yang baik untuk buyers.

Bagi traders yang masih dengan short sentiment pada pair ini, mereka akan melihat level SBR yang kebetulan merupaka BRN yang signifikan seperti berikut:


Trade ideanya pula seperti ini:


Pilihannya terletak di tangan anda sendiri sebagai trader, risk yang mana satu yang anda sanggup terima? Adakah anda merasakan British Pound Sterling masih overvalued dan belum menerima impak penuh daripada Brexit tempohari? atau anda merasakan ia undervalued dan merupakan pilihan yang baik untuk long?

Suka untuk saya titipkan trading tips daripada pengarang terkenal Reminiscence of A Stock Operator, Jesse Livermore:

"WAIT FOR PRICE ACTION TO CONFIRM YOUR OPINION. Don't take action with your trade until the market itself, confirms your opinion. Being a little late in trade is insurance that your opinion is correct. In other words, don't be an impatient trader." 

Semoga anda belajar sesuatu daripada post ini.

Til then, Happy Trading!