Dari alam persekolahan lagi, kita dihidangkan dengan silibus akademik yang disediakan oleh pihak sekolah/kementerian. Subjek-subjek seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah dan sebagainya menjadi kewajipan untuk kita hadam dan sematkan dalam minda. 

Ia tidak terhenti di situ, bagi anda yang meneruskan pelajaran ke Universiti, anda dipersiapkan pula dengan silibus-silibus yang lebih khusus dan kompleks, sesuai dengan bidang pilihan anda di menara gading. 

Kebanyakan kita menyangkakan dengan silibus yang disediakan ini, kita pasti mampu menghadapi alam pekerjaan dengan baik. Cukup bulan, dapat gaji, belanja sana sini, bayar kereta, rumah dan segala bil yang ada. Tapi bila sampai tengah bulan je- "Eh, mana pergi semua duit gaji aku?" 

Pernah tak anda mengalami situasi tersebut? Pernahkah anda fikir kenapa anda belum kaya-raya lagi walaupun dah 5 tahun kerja stabil? Kat mana silapnya tu? Belajar dah elok dah, kerja pun tak kurang rajinnya berbanding orang lain. Hmm...musykil sungguh!

Sebenarnya samada anda sedar atau tidak, ada satu silibus yang tertinggal dan 'lupa' untuk diajarkan kepada anda. Selama anda berkerja ini, anda hanya berlari dalam satu pusingan trek yang sama. Cukup bulan dapat gaji, bayar bil, belanja. Habis. Ulang balik benda yang sama setiap bulan. Tahun depan gaji naik, anak mula kena bayar tadika, Cukup 3 tahun, naik pangkat naik gaji, komitmen bertambah, balance akaun hujung bulan tetap sama - RM17.00. Itu pun tak boleh withdraw sebab kena tinggal RM10. Kalau tak dah lama habis!

Adakah kitaran ini akan berterusan sehingga anda bersara? Jadi bilanya anda nak kaya tu?

Penulis terkenal Rich Dad, Poor Dad, Robert Kiyosaki menamakan 'pusingan trek' ini sebagai The Rat Race, sebab hujungnya pasti berulang benda yang sama, sedangkan umur anda semakin meningkat dan komitmen semakin membeban. Mereka yang terperangkap dalam The Rat Race ini tidak akan mampu keluar daripadanya jika mereka kekal melakukan perkara yang sama seumur hidup.



Jadi persoalannya di sini, macam mana nak keluar daripada Rat Race ni? Ia tidak mustahil, namun tidak juga semudah yang disangka. With a proper planning, a disciplined execution and biiznillah, semuanya akan dipermudahkan.


Stay with me untuk next post - Silibus Yang Tertinggal Part 2 - The Midde Income Crisis.

Til then, happy trading!