Setiap trader bercita-cita untuk menjadi trader yang profitable dan konsisten, namun tak ramai yang betul-betul mengulangkaji kesilapan sendiri dalam trading. Hakikatnya, mereka yang rajin yang menilai semula kesilapan-kesilapan dalam entry mereka akan berjaya mengelakkan diri daripada mengulangi kesilapan yang sama berulangkali.




Berikut adalah 7 Kesilapan Besar Dalam Trading yang boleh kita ambil iktibar bersama:


1. Tidak Meletakkan Stoploss Pada Entry.

Ini memang kesilapan classic yang dilakukan oleh semua trader tak kira newbie mahupun trader yang dah bertahun dalam bidang ni. Benar, kita paling sakit hati bila price makan stoploss dulu, baru pergi ke arah yang kita mahukan. Sakitnya tuh di sini! Namun, penggunaan stoploss dapat mengelakkan akaun kita daripada MC dan mengelakkan kita daripada menanggung kerugian yang lebih besar jika market tidak bergerak ke arah yang kita mahukan.

Malah, pergerakan market pada tahun kebelakangan ini (2010 ke atas) agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya, sesuai dengan economic volatility yang dialami oleh semua negara di dunia ketika ini. Pair yang dahulunya cuma bergerak sekitar range 400 pips sebulan kini boleh pergi sehingga 600 pips dalam seminggu!


2. Mengubah-ubah Stoploss Level

Trader yang biasa melakukan kesilapan seperti ini selalunya rajin tengok chart, jadi bila price menghampiri stoploss level yang telah disetkan awal-awal tadi, mereka akan mengubah stoploss ke level yang lebih jauh. Untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku, kita perlu membuat analisa lengkap dahulu sebelum membuat entry, dan berpegang pada analisa yang kita lakukan. Sekiranya price tetap pergi ke stoploss kita, maka ia bermakna analisa kita tidak tepat!

Harus diingat, trading ini adalah a war of probability, bermaksud price boleh pergi ke mana-mana arah, dalam buy ada sell, dalam sell pun ada buy. Jadi kita cuma perlu pilih the highest probability to win the war, not to avoid the probability!


3. Terlalu Cepat Mengambil Profit

Ini adalah perkara yang paling sukar dilakukan oleh mana-mana trader pun, termasuk saya. Mana taknya, price dah tinggal 10  pips nak touch TP, boleh pulak reverse dan langgar BE! Lazimnya, kita akan tahan tengok floating merah dalam MT4, tapi bila biru je, tangan terus gatal nak close!

Cara paling mudah untuk mengelakkan perkara begini berlaku adalah - elakkan melihat chart dengan kerap. Sekiranya price tak kena TP dan hit BE atau SL, kita semak semula analisa kita, part mana yang kita terlepas pandang. Try to spot it earlier in the next trade. Ingat, ambil profit awal akan mengurangkan RRR entry kita, dan mengurangkan profit factor dalam keseluruhan entry kita.

Try to press on your win, the result will blow your mind!


4. Full Margin Entry / Layer Macam Esok Market Tutup Selama-lamanya

Maaf kalau ada yang terasa, tapi anda sendiri setuju bahawa market bukan kita punya, kan? Tidak salah untuk layerkan entry anda, namun anda perlu ada kiraan risiko terlebih dahulu. Saya sendiri akan layer di level-level entry yang saya rasakan signifikan, selagi belum touch SL yang telah ditetapkan. Tapi ia bukan bermaksud kita perlu layer sehingga tak nampak chart tu! Bila price tak pergi ke arah yang kita jangkakan, mulalah kita pasang teknik harapan!


5. Terlalu Banyak Masuk Group Forex

Ok perkara ini agak sensitif, namun hakikatnya, jika kita mempunyai terlalu banyak group-group forex dalam Whatsapp, Telegram ataupun Facebook yang seringkali berkongsi entry dan signal, ia akan mengganggu emosi kita dalam trading. Remember, there is always a buy in sell and a sell in buy!

Cukuplah dengan satu dua group yang kita selesa dan betul-betul faham dengan cara mereka analisa market. That's it, remove saja yang lain. Psikologi trading kita lebih penting berbanding analisa dan signal orang lain. After all, kalau kita ikut signal mereka salah, kita yang tanggung rugi, bukan mereka!


6. Trade Dengan Mentaliti Nak Cepat Kaya

Trade sebab nak cepat kaya? Confirm anda akan cepat miskin! Trading hanyalah satu platform untuk dapatkan income dengan cara yang mudah tanpa perlu menjual dan sebagainya. Namun ia bukanlah platform untuk anda cepat kaya.

Mungkin ramai yang terpengaruh dengan beberapa individu yang sebelum ini menjalankan Skim Cepat Kaya bertopengkan forex - bergambar sana sini dengan kereta mewah mereka. Lupakan angan-angan tersebut. Cukuplah kita target untuk menjadi consistent and profitable trader, insyaAllah the money will came later. Remember, trading is a journey where only a few survive til the end. Bukannya depo 100USD hari ni, esok terus call NAZA nak booking Lamborghini!


7. Tiada Backup Capital / Modal

Suka saya ingatkan, 95% trader akan loss dalam market. Numbers won't lie. Always trade the money that you can afford to lose. Logiknya mudah, kalau anda habis keseluruhan modal sekalipun, anda masih anda duit untuk bayar komitmen bulanan, dan masih ada kapital untuk next trade. Namun, jangan sesekali trade dengan niat untuk 'revenge the market'. Take a break, bagi emosi dan mental stabil dulu, baru layan chart balik.

Bayangkan kalau anda depo semua duit yang ada, apa akan jadi kalau anda lose kesemuanya? Nak makan apa? Remember, it is just a war of probability. Market ni takda hati perut, dia tak kisah pun kalau itu je duit yang kita ada. Dia tak kisah pun kalau itu duit pinjam dari mak bapak ka, bekas awek ka. Kalau dia nak telan, dia telan ja!



Itu sahaja perkongsian setakat ini. Semoga anda belajar sesuatu daripada post ini. Kalau anda rasa ada lagi kesilapan yang selalu trader kita buat, boleh share dalam komen di bawah.


'til then, Happy Trading!