Ramai daripada kita bercita-cita untuk menjadi trader yang successful, paling tidak pun, berjaya mencapai status jutawan melalui trading. Idola-idola trader seperti Jesse Livermore, Warrren Buffet atau George Soros, semuanya berjaya membuktikan mereka mampu menjadi billionaire hanya dengan trading.

Namun dalam keghairahan itu, tak ramai daripada kita yang betul-betul serius untuk menumpukan pada satu-satu kaedah atau trading strategy seperti idola-idola tersebut. Kita lebih gemar melompat-lompat ke satu teknik dan kemudian ke teknik yang lain, atau dalam istilah trading nya, Butterfly Trader.

Sedangkan apa yang kita perlu lakukan, cuma mendalami satu teknik yang berkesan, dan kemudiannya sesuaikan dengan psikologi, margin dan masa yang kita ada - sekaligus mencipta strategi dan peraturan kita sendiri dalam trading.

Dalam post ini saya akan kongsikan 7 tabiat atau habit seorang trader yang berjaya. Apa tabiat tersebut? Mari kita lihat satu persatu.


1. Belajar dan terus belajar tentang perkara Basic.

Seperti kata pepatah, sebesar-besar rumah, ia tetap terbina daripada seketul batu-bata. Adalah sangat penting jika anda berhajat untuk menjadi seorang trader yang berjaya untuk mengetahui segala basic di dalam trading seperti:

i -     Candlestick Patterns
ii -    Bid/Ask Price
iii-    Support and Resistance / Supply and Demand
iv -   Asas Trend
v -    Market Structure
vi -   Asas Brokerage
vii -  Pair Correlation
viii - Pair Range and Volatility
ix -   Fundamental Effect

Jika anda suka-suka terjun ke dalam bidang ini tanpa asas-asas di atas, nyata anda ikhlas bersedekah kepada broker!


2. Kaji dan buat latihan / backtest.

Trader yang berjaya seringkali bersungguh-sungguh untuk mengkaji dan backtest pada satu-satu teknik yang mereka pelajari. Ia boleh digambarkan sebagai 'flight simulator' kepada trading dalam real account. Backtest seperti ini akan mengukuhkan psikologi trading anda, meskipun di dalam keadaan market yang tidak menentu. Jangan tak percaya, trader yang berjaya juga ada loss dalam trade mereka, tetapi yang pastinya ia bukan 'by accident'.


3. Mengira risiko sebelum mencongak untung.

Seringkali kita menganggap market ini kita yang punya, maka kita dengan angkuhnya tekan entry tanpa memikirkan berapa risiko / loss yang bakal kita hadapi. Kesilapan kita adalah kita selalu mengira profit yang bakal kita dapat, sebelum menilai loss yang bakal diterima. Ada dua cara mudah untuk anda mengawal risiko anda iaitu:

a. Meletakkan stoploss pada entry anda, berdasarkan analisa yang telah anda lakukan. Stoploss mestilah tidak terlalu dekat dengan entry, kerana ia akan mengganggu psikologi anda. Memadai jika anda setkan berapa loss yang sanggup diterima daripada entry tersebut, dan jangan layer-layer tanpa kiraan  yang tepat!

b. Anda boleh juga meletakkan modal yang minima untuk satu-satu pair, sebagai contoh, anda mengkhaskan satu akaun dengan modal 30USD khusus untuk trade pair EURUSD. 30USD tersebut adalah jumlah yang anda sanggup total loss. Jika anda entry dan layer berdasarkan analisa anda, insyaallah psikologi anda tidak akan terganggu, kerana ia adalah risiko yang sanggup anda terima!


4. Plan the trade and trade the plan.

Saya percaya, ramai daripada kita mampu menghasilkan analisa yang baik. Malah, pada satu tahap, kita mampu entry dengan zero float. Namun sayangnya apabila entry sudah membiru, kita gagal mengawal emosi dengan baik - bila price reverse je dan kita lihat profit makin berkurang, terus kita close entry tersebut. Maka melepaslah kita bila tengok price pergi ke tempat TP yang kita setkan awal-awal tadi. Selalu kan jadi macam ni?

Memetik kata-kata Warren Buffet,

"I don't have to be the smartest in the class, I just have to be the most disciplined"

Nyata trader yang berjaya sebenarnya cuma perlu lebih berdisplin, tak kira samada dalam analisa ataupun dalam entry. Set your own rules, and follow it!


5. Bersosial

Ya, ia mungkin kedengaran pelik, tetapi hakikatnya, lebih sedikit masa anda luangkan untuk menghadap entry anda, lebih mudah anda mengikuti trading strategy anda. Namun ia bukanlah bermakna saya suruh anda bersosial di tempat-tempat maksiat, tetapi lebih kepada hidup berkomuniti, beriadhah, mengeteh dengan kawan-kawan atau seumpamanya. Ia juga membuatkan anda rasa normal!


6. Muhasabah

Adakah anda berjaya mengumpul profit yang banyak minggu ini? Loss? Penting untuk anda bermuhasabah dan mengenalpasti kelebihan atau kesilapan yang anda lakukan dalam analisa anda. Seperti juga backtest, muhasabah analisa sendiri juga akan mengurangkan kesilapan anda di masa akan datang.

Malah, tidak keterlaluan jika saya mengajak anda untuk bermuhasabah amalan yang kita lakukan pada minggu lepas. Cukupkah ibadah kita? Sedekah? Jika kita percaya bahawa rezeki itu daripada-Nya, maka nikmat yang mana lagi yang harus kita dustakan?


7. Istiqamah

Oh cliche nya! Namun, suka atau tidak, istiqamah atau berdisplin mengulangi tabiat di atas setiap minggu adalah kunci utama untuk anda menjadi trader yang konsisten dan profitable. Tak percaya, anda cubalah!





"I fear not the man who has practiced 10,000 kicks once, but I fear the man who has practiced one kick 10,000 times" - Bruce Lee



Semoga anda belajar sesuatu daripada post ini.


'til then, Happy Trading!