Setelah membuat rebounce bermula pertengahan bulan September lalu, pair AUDUSD dilihat gagal bertahan pada paras psikologi 0.72000, lantas membuat terjunan tiruk minggu lalu dengan penurunan sehingga 200 pips.

Data ekonomi Australia yang positif pada minggu lalu juga gagal memberikan impak positif kepada sentimen pasaran terhadap pair ini. Namun, yang menariknya, Australia sebenarnya 'selesa' dengan 'valuation' matawang mereka, kerana ekonomi mereka banyak bergantung kepada perolehan eksport. Nilai matawang yang rendah dijangkakan akan merancakkan lagi industri eksport mereka ke negara luar.

Beralih kepada analisa teknikal, kita rujuk dahulu pada Weekly Chart bagi pair ini.


 Bearish Marubozu Candle @Weekly

Seperti yang kita lihat pada Weekly Chart di atas, candle yang terhasil pada minggu lalu membentuk Bearish Marubozu, satu petanda kuat bahawa pair ini masih dalam mood downtrend.

Maka kita perlu mencari peluang untuk sell di timeframe yang lebih kecil di H4 seperti berikut:




Saya melihat entry terbaik mungkin berada di sekitar zon potensi SBR, dengan RRR sekitar 1:2, dan mungkin boleh hold sehingga hujung bulan ini, bergantung kepada price action yang akan berlaku pada level-level penting bagi pair ini.

Itu sahaja analisa ringkas bagi pair ini untuk minggu ini (9/10 - 12/10/2018), semoga anda belajar sesuatu daripada post ini.



'til then, Happy Trading!