Dalam 3 hari terakhir dagangan minggu lepas, GBPAUD membuat bullish rally berterusan tanpa retracement, sekaligus memecahkan benteng resistance sekitar 1.85000 yang sudah beberapa kali gagal ditembusi sejak Mac 2018 lalu.

Sentimen pelabur nyata tidak berpihak kepada Australian Dollar, meskipun data ekonomi yang baik ditunjukkan pada Jumaat lepas. Dan pastinya, matawang Pound telah menarik pembeli dengan respon positif berkenaan rundingan Brexit yang 'hampir pasti'.

Beralih kepada analisa teknikal, kita rujuk terlebih dahulu kepada Weekly Candle yang terhasil pada minggu lepas. Candle Bullish Marubozu terbentuk hasil daripada momentum pergerakan bullish yang kuat bermula hari Rabu.


Bullish Marubozu terbentuk di Weekly Candle


Kemudian kita lihat pula pada Daily Candle untuk double-confirmkan arah yang perlu dipilih pada minggu ini.


Strong Bull Momentum at Daily Candle


Nyata kita dapat lihat strong bullish momentum di Daily Candle, menandakan kita perlu mencari peluang buy pair GBPAUD untuk minggu ini.

Di mana entry buy yang sesuai? Mari kita lihat trade idea berikut:


Trade idea bagi pair GBPAUD 8/10/18


Saya menjangkakan akan ada sedikit retracement daripada pergerakan ini, namun best entry mungkin di sekitar potential RBS Zone seperti di atas. Bagaimanapun, kemungkinan retracement / correction move ini tidak jauh, disebabkan momentum yang kuat daripada minggu lepas. RRR bagi entry ini adalah sekitar 1:2 dan 1:3. Malah jika berpeluang, mungkin entry ini boleh di hold hingga hujung bulan!


Semoga anda belajar sesuatu daripada post ini.

'til then, Happy Trading!