Apa yang kita selalu buat sebaik sahaja bangun pagi dan buka mata? Saya yakin, 80% trader tegar akan terus membuka MT4 mereka, samaada dalam PC, laptop ataupun phone masing-masing, bimbangkan position yang tengah floating, ataupun takut terlepas entry gap!

Namun tahukah anda, kebanyakan orang yang berjaya memulakan pagi mereka dengan aktiviti yang jauh berbeza?

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh seorang Multi-millionaire dan juga motivator terkenal, Stefan James, beliau mendapati bahawa kebanyakan public figure yang berjaya mempunyai rutin pagi yang istimewa yang juga dipanggil 'Morning Ritual'.

Dalam kajian beliau, beliau mendapati bahawa individu-individu ini memperuntukkan permulaan hari mereka, sejurus selepas bangun pagi dengan 'self-empowerment rituals' yang menjadi pasak kepada semangat mereka untuk memulakan hari tersebut.


Mari kita lihat hasil kajian brader Stefan ni:

1. Tony Robbins (Global Motivator)

Tony Robbins memulakan hari beliau dengan mandi di dalam kolam air panas ataupun sejuk. Tony merasakan aktiviti tersebut membolehkan badan beliau berasa segar. Recharging and refreshing!


2. Barrack Obama (Ex-President of US)

Obama memulakan morning ritualnya 2 jam sebelum menghadiri apa-apa majlis atau mesyuarat setiap hari. Rutin beliau terdiri daripada 45 minit sesi 'working out', bersarapan pagi yang sihat serta mengelakkan diri daripada sebarang negative vibes, termasuklah mengelakkan diri daripada melihat berita dan surat khabar! Beliau turut menyatakan bahawa aktiviti tersebut merupakan perkara paling penting dalam hidupan harian beliau. 


3. Steve Jobs (Founder Apple)

Steve Jobs pernah menyatakan dalam satu sesi Graduasi di Stanford University yang beliau hadiri, bahawa beliau telah melakukan 'morning rituals' yang sama selama 33 tahun! Apa yang beliau lakukan? Beliau akan memandang cermin setiap pagi, dan bertanyakan soalan ini,
"Jika ini adalah hari terakhir dalam hidupku, apakah yang akan aku lakukan?"
That, my firend, is a very powerful question!


4. Bill Gates (Microsoft)

Bill Gates akan memulakan hari beliau dengan sesi 1 jam di atas threadmill sambil menonton video motivasi. Dasyatkan? Orang yang pernah menjadi individu paling kaya di dunia pun perlukan motivasi!


5. Richard Branson (British Virgin)

Rutin Richard ni lain sikit, setiap pagi beliau akan buka langsir besar-besar, meditate, dan tunggu sehingga cahaya matahari keluar dan memancar terus ke matanya! Selain itu, beliau juga akan mengisi aktiviti pagi samada dengan berenang, surfing ataupun bermain tenis.


Seperkara lagi yang ingin saya highlightkan di sini adalah, waktu mereka bangun pagi. Kalau kita perasan, kebanyakan orang berjaya ni akan bangun pagi seawal mungkin dan penuhkan moment tersebut dengan aktiviti yang mencergaskan diri dan jiwa.



World Bosses' Wake Up Time - sumber: Funder and Founders

******

Sebenarnya tabiat bangun awal pagi ini telah pun disarankan dalam Islam, dengan amalan tahajjud setiap 2 per tiga malam, ataupun sekurang-kurangnya mengamalkan solat fajar setiap kali sebelum fadhu subuh.

Dalam hadis sahih riwayat Imam Muslim, daripada Aisyah R.A bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud,

'Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya'

Dalam Al-Quran juga banyak terdapat galakan untuk umat islam bangun awal pagi dan mengerjakan ibadah, 'morning ritual' bagi kita yang beragama Islam. Malah ada dua surah yang khusus menceritakan kelebihan orang yang bangun awal pagi dan beribadah, yakni di dalam surah Al-Muzammil dan Surah Al-Mudasthir.


******

Kesimpulannya, terpulanglah kepada kita, bagaimana kita hendak merencanakan hari-hari kita dengan lebih baik. Jika orang barat telah pun berjaya membuktikan bahawa bangun awal pagi dan refleksi diri mampu menjadikan mereka berjaya, apatah lagi kita yang beragama Islam yang sepatutnya lebih yakin dan percaya dengan keistimewaan-keistimewaan yang telah dijanjikan kepada kita melalui amalan tersebut.


Wallahua'lam.


Semoga anda belajar sesuatu daripada post ini.


'til then, Happy Tahajjud!