Savers are losers? Betul ke statement ni? Takkan la orang yang kuat menyimpan tu rugi? Habis tu, kena spend la semua duit yang kita ada?

Indeed, percaya atau tidak, savers are losers. Simply atas satu sebab - wang kita ditelan inflasi setiap hari. Mungkin ia susut dalam angka yang kita tidak nampak, tetapi hakikatnya nilai wang kita makin menyusut saban tahun.

Bagaimana kita mahu mengira kadar penyusutan duit kita ni? Formula mudahnya, anda boleh melihat pada kadar inflasi tahunan negara kita, iaitu pada purata sekitar 3% setahun.

Untuk mengira kadar penyusutan wang kita, kita gunakan formula asas compounding seperti berikut:

Fv : Future Value
Pv : Present Value
r : Rate (inflation)
n : Period (year)



Sebagai contoh, mengambil kira kadar inflasi pada purata 3% setahun, wang kita sebanyak RM100,000 pada hari ini akan mempunyai nilai cuma RM73,742  pada 10 tahun akan datang!

Kadar ini adalah compounded value, bermaksud nilai tunai wang yang kita simpan secara fizikal, tak kisah la di bawah bantal ke, dalam peti besi ke atau dalam tabung ayam sekalipun, akan menyusut secara berganda setiap tahun!


*****


Contoh Klasik Inflasi

Kita sebenarnya pernah berdepan dengan inflasi secara langsung dalam kehidupan harian, cuma kita tidak menganggapnya sebagai inflasi.

Contoh mudah, tiket wayang dulunya cuma sekitar RM7.00, kini berharga RM14.00 satu. Atau nasi lemak yang kita beli masa kecil-kecil dulu cuma 50 sen, sekarang RM1 pun susah nak cari!

Lazimnya inflasi boleh dipecahkan kepada 2 iaitu:

1. Inflasi Kos Sara Hidup
2. Inflasi Gaya Hidup (Lifestyle Inflation)

Inflasi Kos Sara Hidup adalah sesuatu yang tidak dapat kita elakkan, ia melibatkan penurunan nilai wang milik kita berbanding kenaikan harga barang keperluan harian. Inflasi jenis ini terjadi kerana beberapa faktor seperti:

1. Penurunan kadar Matawang (RM) berbanding Matawang asing
2. Perubahan harga komoditi
3. Polisi kerajaan (cukai, dll)
4. Perkembangan ekonomi negara

Inflasi ini dapat dilihat jelas jika kita membandingkan jumlah barang keperluan harian yang boleh kita beli dengan nilai RM50 pada 10 tahun lepas berbanding hari ini. Suka atau tidak, inflasi tetap akan mengejar kita setiap tahun.


Manakala Inflasi Gaya Hidup pula adalah lebih kepada kos yang meningkat berikutan gaya hidup yang berubah. Sebagai contoh, segelas cawan kopi di warung Pak Kasim cuma berharga RM2.00, manakala secawan kopi dengan rasa yang sama di Outlet seperti Starbucks atau Coffee Bean berharga RM17.00!

Ramai golongan Middle Class Income (rujuk post ini) terperangkap dalam inflasi jenis ini, simply kerana mereka menganggap kenaikan pendapatan (gaji, bonus, dll) membolehkan mereka berbelanja seperti golongan Rich, tetapi hakikatnya mereka cuma terperangkap dalam Inflasi Gaya Hidup yang cuma akan menelan wang hasil titik peluh mereka.

Jadi apa yang perlu dibuat untuk mengelakkan kita terkesan daripada inflasi ini?

Seperti tajuk di atas, sekadar menyimpan wang kita di dalam peti besi tidak akan mengelakkannya daripada ditelan inflasi. Apa yang perlu kita buat adalah - melabur!

Kita cuma perlu memilih instrumen pelaburan yang mampu memberikan kadar pulangan melebihi kadar inflasi negara. Dengan cara tersebut, kita bukan sahaja mampu mengekalkan nilai wang milik kita, malah menambah nilainya setiap tahun.

Namun, kita perlu teliti dan berhati-hati dalam memilih instrumen pelaburan yang sesuai, jangan sampai terjerat dengan skim-skim piramid mengarut. Sebab itulah, pelaburan pertama yang perlu kita lakukan adalah melabur pada diri sendiri, iaitu dengan menambah ilmu dalam bidang ini.

Kita juga perlu membahagikan wang yang ingin kita laburkan kepada beberapa instrumen berbeza, sesuai dengan matlamat pelaburan dan 'risk appetite' kita. Dan yang paling penting, kita perlu mengurus sendiri pelaburan kita, atau paling tidak, mengambil tahu 'first hand information' terhadap pelaburan yang kita buat. Ingat, jangan sesekali mengharapkan orang lain 100% untuk menguruskan pelaburan anda. After all, its your money and your responsibility!


*****


Setakat itu sahaja perkongsian kali ini, semoga anda belajar sesuatu daripada post ini.


Til' then, happy investing!