Pada hari Khamis minggu lalu (28/2/2019), pair GBPUSD melengkapkan Monthly Candle yang membentuk satu lagi Bullish Candle, dengan rejection yang ketara pada area body candle sebelumnya- menandakan pair ini masih dalam Bullish Mode. Rujuk gambar di bawah:


Tf : Monthly


Kita mulakan analisis dengan menandakan base-base penting pada Weekly Candle, yang merupakan Reaction Zone yang akan menentukan halatuju trend seterusnya. Rujuk gambar di bawah:


Tf: Weekly


Kita dapat lihat price telah pun berinteraksi dengan Supply Zone Weekly pada minggu lepas namun gagal untuk close dalam base tersebut.

Beralih pada Timeframe Daily, kita tandakan base terkini yang terhasil daripada pergerakan minggu lepas;


Tf; Daily


Price action yang berlaku dalam Supply Zone Weekly telah membentuk satu lagi base (Supply) yang signifikan pada timeframe Daily. 

Saya menjangkakan pair ini akan terlebih dahulu melakukan correction move pada awal bulan Mac ini, sebelum meneruskan Bullish Trend pada pertengahan dan hujung bulan.

Berikut adalah jangkaan pergerakan pair ini:


Tf: H4


Entry yang dicari pada minggu ini adalah sell di area Daily Supply, dengan SL pada previous high.TP pula adalah pada Daily Demand, sekitar 170 pip.

Pada kawasan ini, kita akan perhatikan price action yang bakal berlaku, samaada price memilih untuk berinteraksi pada Weekly Demand atau terus melonjak selepas berinteraksi pada Daily DemandPrice action yang kita cari adalah berbentuk rejection pada higher timeframe dan chart pattern pada lower timeframe. Pada kedua-dua zone ini saya akan mencari peluang untuk buy.


Itu sahaja mapping ringkas saya bagi pair GBPUSD. Dengan keputusan Brexit yang masih belum final, kita bakal menyaksikan pair ini bergerak liar!

Semoga anda belajar sesuatu daripada post ini.


'til then, Happy Trading!