Salam,

Penerangan video melalui Ustaz Abdul Somad Lc.
Beliau berpesan, jangan ada 3 unsur :

1. Tipu
2. Aniaya
3. Judi





Di bawah ialah komen dari sahabat saya, Tuan Sherhan di FB :
Ini pula rujukan posting piphijau tulisan beliau : KLIK SINI


As Salam ,
1st tentang fatwa majlis fatwa kebangsaan...dibuat awal tahun 2012, hasil nasihat dari kertas kerja ISRA, sebuah badan bawah bank negara.

Ditulis oleh Dr Marjan. Atas nasihat ini, majlis fatwa ambil keputusan forex ni haram.

Pengalaman saya - banyak perkara yg ditulis oleh Dr Marjan sebenarnya adalah salah faham tentang konsep margin dan leverage.



Kumpulan penkaji pertama dianggotai oleh Profesor Madya Dr. Muhammad @ Mat Som Sujimon, Dr. Marjan Muhammad, Ustaz Luqmanulhakim Hussain dan En. Wan Norhaziki Wan Abdul Halim.
Hasil daripada kajian mereka, dicatatkan kesimpulan berikut:-


Kesimpulan #1
Spot forex dijalankan oleh individu melalui platform Internet agak berbeza daripada konsep spot forex yang dijalankan pada peringkat interbank (antara bank).
Dari satu sudut, ia dibuat berdasarkan spot forex dari segi harga lani (value spot), tetapi dari segi penyelesaian ia tidak berlaku berdasarkan T+2. 
Malah penyelesaian tidak akan berlaku selagi pedagang tidak menutup posisi yang dibukanya.
Namun dari sudut yang lain, spot forex dilihat lebih mirip kepada forward forex kerana apabila pedagang membeli sesuatu matawang daripada broker, beliau tidak akan dapat memiliki matawang yang dibelinya.
Sebaliknya, pedagang akan menikmatinya setelah beliau menjualnya semula kepada broker pada waktu hadapan.
Apa yang membezakan spot forex oleh individu dengan forward forex ialah kadar tukaran matawang masa hadapan adalah tetap iaitu kadar yang dipersetujui pada tarikh transaksi.
Manakala kadar tukaran matawang dalam spot forex tidak tetap, tetapi berdasarkan turun naik harga pasaran matawang yang didagangkan.


Kesimpulan #2
Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf sebarang urusniaga matawang asing yang dibuat melalui saluran-saluran yang tidak sah.
Malah terdapat peruntukan perundangan yang jelas berhubung larangan tersebut, iaitu melalui Seksyen 3(1) dan Seksyen 4(1), (2) dan (3) Akta Kawalan Pertukaran Wang (AKPW) 1953.
Mana-mana individu dilarang sama sekali berurusniaga matawang asing, kecuali setelah mendapat kebenaran Pengawal Pertukaran Asing, iaitu Gabenor Bank Negara Malaysia.


Kesimpulan #3
Berdasarkan beberapa isu syariah yang diketengahkan termasuk seperti di bawah, ternyata operasi spot forex secara online oleh individu tidak mengikut landasan syarak yang telah digariskan berhubung jual beli matawang (bay’ al-sarf):-
  • Isu qard = Leverage
  • Riba al-nasi’ah = Rollover interest
  • Qabd
  • Menjual matawang yang tiada dalam pegangan
  • Spekulasi yang melibatkan perjudian
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sambung beliau,

Mereka anggap leverage ini satu bentuk pinjaman. Kalau kita boleh dapat leverage di broker A, kita sepatutnya boleh guna di broker B
Ini selalu disebut oleh Dr Zaharuddin.

Leverage kalau google mmg berkaitan dgn pinjaman tapi istilah finance ada banyak kegunaannya.

Index klci futures ( sememangnya haram sebab dalam index tu ada genting dan bank), tapi index futures beri kita leverage 20 kali .

Katalah indeks klci sekarang 1800, kalau kita long satu kontrak, dengan modal mungkin rm5000 sahaja, kita sebenarnya sama macam kita beli portfolio saham blue chip yg mcm klci bernilai RM90000.

Dalam hal ni, tak ada sesiapa pun beri pinjam duit pada kita, tapi produk ni membolehkan kita mengawal portfolio yg lebih besar.

Dlm forex, leverage adalah jaminan broker (boleh dikata pinjaman tanpa interest) jika kita buka akaun trading dengan deposit $1000usd, dengan leverage 500:1, kita boleh buka position bernilai 500,000 usd. Bila kita tutup balik position, untung kita punya, rugi akan ditolak dari duit $1000 usd yg kita deposit tadi. Kita tidak boleh rugi lebih dari deposit yang kita letak.

Ok. Kalau kita the only client pada broker, katalah kita beli ringgit bernilai $500000 usd, kita nak ringgit kan....broker akan pergi ke interbank, bawa 122000 usd ( rate 4.10) dan dapatkan kita ringgit.

Ini sebenarnya proses forex trading.

Jual dan beli hanyalah istilah yg kita guna. Yg sebenarnya berlaku adalah pertukaran matawang pada kadar yang dipersetujui bersama.

Kita kata beli...broker yg bawa ringgit ke interbank dan ambil usd kita tu...dia kata jual ringgit.

Sudah tentu bila client broker ramai...jual beli ni akan di clearkan sesama client broker dahulu sebelum mereka pergi interbank. Ibarat tukar duit sesama client dulu.

Margin pun bila sebut org ingat dia macam loan bank. Margin dlm trading forex adalah cara broker kawal risiko dan volatility pasaran.

Ada produk marginnya tinggi, maksudnya trader tak boleh beli banyak, untung pun kurang kalau ada dan kalau margin rendah, trader boleh beli banyak dan dapat untung lebih.

Nasihat yang salah telah diberi kepada ulama kita. Produk Kewangan pun bukan senang hendak difahami.

Wassallam dan Wallahualam