Kehadiran bulan Ramadhan seharusnya disambut dengan hati yang gembira dan bersyukur oleh setiap umat Islam. Bulan yang mana umat Muhammad S.A.W yang bertakwa diuji dengan godaan nafsu bukan sahaja nafsu makan dan minum bahkan nafsu syahwat. Bulan yang rahmat dan terkandung di dalamnya dan 1001 kebaikan untuk umat Muhammad S.A.W.

Tetapi ada juga yang menganggap bulan Ramadhan itu suatu bulan yang menyusahkan dan menggangu perjalanan hidup mereka kerana terpaksa menahan lapar dahaga dan nafsu syahwat di siang hari.Mereka ini adalah orang orang yang tidak mendapat keuntungan dan rahmat daripada bulan yang suci dan mulia ini.

Terdapat banyak kelebihan berpuasa diantaranya yang utama adalah menguatkan keimanan dan mendekatkan diri kepada sang Pencipta. Di samping itu ia dapat mendidik jiwadan memberikan nilai kesihatan kepada sistem pencernaan khasnya yang telah beroperasi sepanjang tahun untuk dapat berehat di bulan mulia ini.

Puasa juga mengajar erti bersyukur dimana budaya bersedekah lebih tertonjol di bulan ini. Orang yang lebih berkemampuan akan dapat menolong orang yang lebih lemah dan miskin samada dalam bentuk makanan ataupun wang ringgit. Ganjaran bersedekah di bulan Ramadhan ini pahalanya adalah berlipat kali ganda dibandingkan bulan bulan yang lain.

Orang yang berpuasa bererti diperintahkan kepadanya untuk bertakwa kepada ALLAH S.W.T, yakni dengan mengerjakan perintah dan menjauhi larangan-NYA serta ikhlas lillahi taala.

Inilah tujuan sebenar pensyariatan puasa. Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud: “Hai orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kalian agar kalian bertakwa.” - Surah alBaqarah: 183 Berdasarkan ayat itu, hikmah diwajibkan puasa ialah supaya wujud sifat takwa dan mengabdikan diri kepada ALLAH S.W.T