Anda TIDAK GALAKKAN untuk menjadi news trader kerana:-


SLIPPAGE

 Ini masalah utama news trading. Slippage bermaksud PO atau SL anda TIDAK DIAKTIFKAN walaupun harga telah mencecah atau melepasi had yang anda tetapkan.

CONTOH: Anda set PO BUY EUR/USD di 1.1300 dan TP di 1.1350, ketika harga semasa 1.1280. Sebaik berita diumumkan, harga melonjak naik sehingga mencecah 1.1360, tetapi post anda masih belum dibuka kerana market sangat sibuk. Setelah mencecah 1.1360, harga menjunam ke bawah dan PO anda diaktifkan pada harga 1.1300. Malangnya, selepas PO anda diaktifkan, harga terus turun menjunam.

Senario yang sama juga boleh terjadi terhadap SL, di mana harga boleh melepasi had kerugian maksimum yang anda tetapkan. Jika harga terus bergerak bertentangan dengan anda, anda akan mengalami KERUGIAN YANG SANGAT-SANGAT BESAR!! Anda tidak boleh menyalahkan broker kerana mereka telahpun melindungi diri mereka melalui terma dan syarat semasa anda membuka akaun dengan mereka.



SPREAD YANG TINGGI

 Ketika Big News diumumkan, spread lebih tinggi sekurang-kurangnya 3 kali ganda. Jika spread ketika market normal ialah 3 pips, ia akan menjadi 9 pips atau lebih.




FROZEN PRICE

Ini akan berlaku ketika pengumuman berita besar, di mana anda tidak dapat open / close position kerana market terlalu sibuk! Anda perlu menekan butang “Open / Close Position” berkali-kali (requote). Anda cuma boleh open / close post anda kirakira 15 minit selepas news diumumkan, iaitu apabila market menjadi stabil semula.


WHIPSAW
Whipsaw bermaksud harga bergerak terlalu laju DALAM SEKELIP MATA.

CONTOH: Anda set BUY STOP GBP/USD pada 1.5000 dan SELL STOP pada 1.4960, ketika harga semasa = 1.4980. Keputusan berita adalah NEGATIF, jadi harga akan MENJUNAM KE BAWAH. Namun begitu, harus diingat bahawa terdapat berjutajuta trader di seluruh dunia yang juga BUY dan SELL. Disebabkan reaksi kedua-dua transaksi ini, PO BUY STOP anda telah diaktifkan kerana harga naik sekelip mata ke atas sebelum ia jatuh menjunam dan mengaktifkan SELL STOP anda pula. Post Buy anda terkena SL lalu anda mengalami kerugian, tetapi post Sell anda menghasilkan profit


PRICED-IN MOVEMENT
 Fenomena ini akan terjadi apabila keputusan sesuatu berita itu TELAH DAPAT DIJANGKAKAN. Contohnya, katakanlah majoriti analyst menjangkakan Unemployment Rate Australia akan turun (berita baik), maka kebanyakan trader telahpun mengambil posisi BUY sejak dari awal lagi. Jadi, walaupun berita tersebut diumumkan kelak, pergerakan harga TIDAK AKAN MENJADI DRASTIK kerana majoriti trader sudah sedia maklum mengenainya.

Berdasarkan sebab-sebab di ataslah anda tidak digalakkan untuk trade news. Sekiranya anda berkeras juga nak trade news, gunakan teknik kedua iaitu berdasarkan Result Trading. Tunggu price stabil terlebih dahulu (retrace) sebelum enter post kerana ia lebih selamat. Sayangilah modal anda, elakkanlah ia daripada dileburkan dalam masa beberapa minit sahaja. Banyak lagi peluang trade yang lain. Sebulan ada 20 hari untuk trade (seminggu = 5 hari trading, sebulan = 5 hari x 4 minggu = 20 hari). Jangan disebabkan 1 hari trade news, 19 hari anda tak boleh trade (kerana MC). Lebih baik tak trade 1 hari tetapi 19 hari lagi anda boleh trade.