MOVING AVERAGE


MOVING AVERAGE @ MA merupakan satu garisan yang mengukur purata harga CLOSE bagi X period dalam sesuatu TF. Sebagai contoh, MA 5 pada TF 1 jam akan mengukur purata harga Close untuk 5 jam (5 x 1 jam = 5 jam). Jika pada TF 4 jam pula, MA 5 akan mengukur purata harga Close bagi 20 jam (5 x 4 jam). MA digunakan untuk mengenalpasti pembentukan trend baru seawal yang mungkin. 


Terdapat 2 JENIS MA yang biasa digunakan:  

 Simple MA (SMA)  = mengira purata harga secara terus 

 Exponential MA (EMA) = mengira purata yang sama, tetapi pergerakan yang luar biasa (contoh: pergerakan harga ketika pengumuman Big News) tidak akan diambilkira. Oleh sebab itu, EMA lebih banyak digunakan berbanding SMA. 

SEMAKIN TINGGI nilai SMA @ EMA, SEMAKIN JAUH garis MA tersebut daripada price. Cuba lihat perbandingan Period MA dalam rajah di bawah: 



 Anda boleh menggunakan SATU MA atau LEBIH DARIPADA SATU MA untuk trade


-SATU MA
Dalam penggunaan Satu MA, MA tersebut berfungsi sebagai titik panduan di mana price akan TERPANTUL semula untuk menyambung trend nya. MA akan berfungsi sebagai garisan SUPPORT AND RESISTANCE. Lihat rajah MA 15 di bawah:



Price sedang dalam Downtrend, kemudian retrace sehingga mencecah garis MA 15. Selepas menyentuh garisan ini, price kembali mengikut trend asalnya. Trader akan Enter post SELL di titik ini dan Close apabila MA bertembung kembali dengan price. 


-LEBIH DARIPADA SATU MA
Dalam penggunaan Lebih Daripada Satu MA pula, post akan dibuka apabila MA kecil BERSILANG dengan MA besar. Arah post akan mengikut MA kecil. Sila lihat rajah di bawah. Contoh MA yang digunakan ialah EMA 5 dan EMA 50: 




Post SELL akan dibuka apabila Garis EMA 5 bersilang dengan EMA 50, dan post akan ditutup apabila kedua-dua EMA tersebut bersilang semula