TEKNIK-TEKNIK FUNDAMENTAL @ NEWS TRADING


-RESULT TRADING

Trade berdasarkan KEPUTUSAN BERITA. Jika Positif, anda ikut sahaja haluan yang positif tersebut dan begitulah sebaliknya. Contohnya, jika Kadar Pengangguran (Unemployment Rate) di US MENURUN berbanding bulan lepas, anda perlu BUY USD kerana USD akan menguat disebabkan oleh berita positif itu.

Lihat contoh di bawah. NFP pada 9 Mac 2012 merupakan berita positif, kerana Data Actual melebihi Data Forecast (227K vs 209K). NFP memberikan impak besar kepada pergerakan USD/JPY. Berita positif ini mengakibatkan price USD/JPY melonjak naik tepat pada masanya. Sila lihat chart TF M15 di bawah:













Pada 9 Mac 2012, news NFP dimumkan pukul 13:30 GMT, iaitu pukul 9.30 malam waktu Malaysia. Sebaik sahaja news diumumkan, USD/JPY melonjak sebanyak 56 pips (High 82.345 – Low 81.783) dalam tempoh 15 minit (bulat biru).

TIPS: Selalunya jika Result News mengikut trend (seperti contoh di sebelah), price akan terus pergi jauh. Jika Result News melawan trend, price akan retrace dahulu disebabkan Result News sebelum kembali mengikut trend.


Jangan kelam kabut untuk Buy pada harga yang tinggi. Seeloknya, tunggu price turun semula (retrace) terlebih dahulu, dan Buy pada harga serendah mungkin.

Masalah utama teknik ini ialah selalunya trade anda tidak dapat dibuka oleh broker. Ini kerana broker menjadi terlalu sibuk memenuhi permintaan ramai trader yang ingin membuka post dalam tempoh 15 minit pertama selepas big news diumumkan.