Salam..yang masih belum baca pengalaman #1 sila ke sini
ASSALAMUALAIKUM..... Pejam celik, pejam celik dah nak masuk 2 tahun aku menjadi TRADER. tapi baru masuk 9bulan aku betul2 serius dan menjadi seorang FTT. teringat waktu awal2 dulu aku kenal FOREX, memang excited giler kalau dengar pasal FOREX. nak-nak lagi pasal TEKNIKAL ANALIS, rasa mcm dah cukup PRO kalau TRADE tu. dari satu hingga ke berapa ntah aku belajar pasal INDICATOR TA ni. Ada yang membantu dan ada yang tidak sesuai bagi aku. kalau berjaya aku suka kalau lingkup aku duka. Menyampah, bengang, menyirap, benci, putus asa itu semua teman aku waktu LOSS. ada masa duk fikir FOREX ni betul ke tipu? boleh buat ke x boleh buat? waktu tengah LOSS kalau dengar orang bercerita pasal PROFIT aku jadi x percaya. mula2 aku dengar ada orang boleh buat 1 hari $100 lepas tu $1000 lepas tu $10,000 ada yang sampai beratus ribu pun ada aku dengar. Tapi jumpa orangnya x pernah...hehhehehhe. mula lah NEGETIVE Thinking datang....itu semua PALSU. nak x nak aku kena cuba jugak dari akaun DEMO yang x sampai 3 bulan terus masuk akaun REAL, kononnya dah betul2 EXPERT. dari depo $100 +$25 BONUS aku mengorak langkah sebagai seorang TRADER PART TIME dengan harapan dan cita-cita yang tinggi. dengan modal $125 itulah nak buat pendapatan sampingan coz waktu tu aku still bekerja lagi. dengan modal tu jugaklah boleh lahir perasaan nak buat duit KAHWIN, BELI KERETA IDAMAN (FERARI) hehheheheh...RUMAH BANGLO..huhuhuhh mmg DAHSYAT punya nafsu... Namun semuanya x sampai beberapa hari huhuhuhuh MC lorrrr... kemudian cuba lagi walaupun hati dah mula marah dan kecewa, depo lagi kali ni x ada bonus lagi, cuba lagi dengan TA yang dipelajari x seberapa masuk kedalam MARKET....ada masa PROFIT ada masa LOSS. coz asyik kena STOP LOSS aje, aku mula menyampah dengan SL so OP w/out SL...kena lagi margin call...begitulah berulangnya perkara yang sama setiap kali aku depo x ada sekali pun WD....huhuhuhuh BENGANG beb... Stop sekejap REAL akaun bukan nyer nak belajar kesilapan, tapi sebab dah x ada modal nak depo...hehheheh cuba perkara yang sama namum jawapannyer pun sama. ORANG BERJAYA ADA BERPESAN (1) Pertama kita GAGAL adalah disebabkan KELEMAHAN kita. (2) Kedua kita GAGAL adalah kesilapan kita kerana tidak mahu memperbaiki KELEMAHAN kita. (3) Ketiga kalinya kita GAGAL adalah disebabkan KEBODOHAN kita kerana tidak memperbaiki KELEMAHAN dan masih mengulangi KESILAPAN. so aku mulakan dengan yang baru. mempelajari ILMU FOREX iaitu 3 Perkara. (1) FUNDI ANALYS (2) TEKNIKAL ANALYS dan (3) PSYCHOLOGY. pada permulaannya aku tergagap2 juga pasal perkara2 tu, coz aku bukan STUDENT Ekonomi. Mungkin minat untuk menjadi seorang TRADER (TEGAR) tu kuat dalam diri aku sikit2 aku mula fahaminya dan maksud sebenarnya. aku fikir dengan teknikal aja dah kira SUPERB, dengan FA aje dah kira dahsyat tapi semuanya hampeh....kombinasi 3 perkara tadi adalah perkara yang kuat dalam market untuk kita gunakan. kemudian aku DEPO lagi $100 + $25BONUS aku mulakan dengan harapan yg baru, tapi kali ni x tinggi pun paling tidak pun aku dapat gandakan 2 dari modal pun dah kira berjaya... dari sehari ke sehari equity aku bertambah...namun masih belum cukup kuat akhirnya MC lagi...huhuhuhuhuh lagi pedih... berulanglah perkara yang sama MC x pernah putus dalam akaun aku....ibaratkan duit aku DEPO itu sebagai YURAN pembelajaran aku didalam dunia FOREX...sedar x sedar duk kira-kira balik aku dah berhabis lebih dari $5k usd yang di depositkan...tanpa pernah WD...huhuhuh kalau yuran semahal itu aku rasa PHD pun boleh dapat kot hehhehe tanpa BIASISWA....hehehheh masa berlalu begitu sahaja...dah tiba masa nak berkahwin... masa dah suntuk, duit dah banyak yg LEBUR...kira2 duit x cukup...huhuuhuh rasa macam cerita aku dah nak habis aje atas dunia ni...huhuhuh. nak x nak kena teruskan jugak secara PROFESIONAL... ambik keputusan BERHENTI kerja dan jadi FTT pada januari 2010 berbekalkan ILMU dan Duit yang masih ada aku teruskan perjalan yg paling2 mencabar dalam hidup aku pada waktu itu...semua ILMU aku TA, FA PSYCHOLOGY aku dalami sedalam2nyer......tanpa menoleh kebelakang lagi...coz keadaan memaksa.... Permulaan yang baik aku dapat menggandakan modal aku pada bulan januari, February, March, April, May dan akhirnya aku selamat diijabkabulkan pada JUNE 2010 hehehhehe...Keyakinan aku semakin kuat dalam duni FOREX...setiap hari aku masuk market dan jadikan ianya sebagai satu KARIER yang amat serius dalam hidup aku...dengan dorongan sahabat, isteri dan keluarga....(macam dapat award aje dialognyer) aku teruskan perjalan aku...Suka dan duka dihadapi dengan tabah....BERDOA, BERUSAHA dan TAWAKAL adalah kunci hidup aku.... kalau dahulu aku mendengar ada orang membuat untung $100, $1,000 $10,000 dan lebih sekarang aku mmg percaya... PERCAYA tahap GABAN...coz aku pun pernah membuat REKOD dalam perjalan aku sebagai FTT $2900 sehari...aku akan cuba untuk memecahkannyer lagi INSYAALLAH.... kalau dahulu aku kehilangan lebih $5k USD kini aku rasa semuanya sudah berbayar, segala keperitan, kekecewaan, kehampaan, kesedihan semuanya bertukar menjadi keyakinan dan kejayaan.....ALHAMDULIALLAH, mungkin ALLAH memberikan aku satu jalan yg sukar pada awalnya, dan kini bertukar sudah kegembiraan. Walau apa pun SAHABAT di luar sana, JANGAN PERNAH BERPUTUS ASA, teruskan perjalanan anda sebagai seorang TRADER PART TIME or FULL TIME, JANGAN pernah lupa untuk mempelajari sesuatu setiap hari apabila kita GAGAL, kerana diwaktu itulah keikhlasan sebenar untuk mempelajari sesuatu amat berharga PERCAYALAH.... APa pun selamat kepada SAHABAT semua samaada mengenali ataupun tidak INSYAALLAH, satu hari nanti kita pasti akan bertemu....huhuhuhu Mari kita sama2 melayari dunia FOREX yang sebenarnya......huhuhuhhuh

Kredit To FB= 
Arejugfx Dagangan Razwan