CARRY TRADE adalah satu strategi di mana anda MENJUAL matawang yang berFAEDAH RENDAH, dan MEMBELI matawang yang berFAEDAH TINGGI. Tidak kira samada position anda menguntungkan ataupun tidak, anda akan tetap mendapat faedah tersebut selagi position anda tidak ditutup. 

Setiap matawang dalam forex akan memberikan anda faedah @ interest. Dalam 1 pairs terdapat 2 matawang (CONTOH: AUD/USD). Oleh itu, akan ada 2 interest yang terlibat, iaitu BUYING INTEREST dan SELLING INTEREST: 


 Jika Buy Interest > Sell Interest = POSITIVE CARRY (DAPAT interest)  

 Jika Sell Interest > Buy Interest = NEGATIVE CARRY (BAYAR interest) 


ANALOGI: Anda pinjam $10,000 daripada bank yang caj faedah 2% setahun. Anda laburkan $10,000 tersebut dalam unit trust yang memberikan anda pulangan 7% setahun. Jadi, anda mendapat UNTUNG @ POSITIVE CARRY sebanyak 5% (7% - 2%). Sebaliknya, jika bank caj anda 7%, tetapi pelaburan anda hanya memberikan untung 2%, anda akan RUGI @ NEGATIVE CARRY sebanyak 5%. 


Jadi, untuk mendapat untung dalam Carry Trade, anda perlulah BUY matawang yang berFAEDAH TINGGI, dan SELL matawang yang berFAEDAH RENDAH. Jadual di bawah menunjukkan kadar faedah pada Disember 2007 dan Januari 2015: 






Berdasarkan Kadar Faedah Disember 2007 di atas, jika anda BUY USD/JPY (BUY USD, SELL JPY) anda akan MENDAPAT 4.00% Positive Carry (4.25% - 0.25%). Sebaliknya, jika anda SELL USD/JPY (maknanya SELL USD, BUY JPY), anda akan DIKENAKAN CAJ sebanyak 4.00% Negative Carry (0.25% - 4.25%).  


Sukacita dimaklumkan bahawa faedah akan dikira secara HARIAN, dan akan dikreditkan / didebitkan SETIAP HARI selepas berakhirnya US session. Selain itu, faedah dikira atas amaun lot anda dan bukan atas margin. Katakan anda BUY USD/JPY sebanyak $100,000 dengan Leverage 100:1. Jadi, margin anda adalah $1,000. Faedah akan dikira atas $100,000 dan bukannya $1,000. Kalau 5% Positive Carry setahun, anda akan menerima $5,000 dengan margin $1,000. Hebat bukan?? 


Apabila anda membuka post untuk Carry Trade, terdapat 3 Senario yang bakal berlaku: 

1. Anda mendapat interest dan profit, jika position anda mengikut arah pasaran 

2. Anda mendapat interest sahaja, jika price tidak berganjak 

3. Anda mendapat interest, tetapi rugi dalam trade anda jika harga terkena SL 


Jadi, untuk memaksimakan keberkesanan Carry Trade @ Senario 1, pilihlah pairs yang: 

 Memberi Positive Carry yang TINGGI 

 Sedang berada dalam UPTREND 


Carry trade hampir pupus pada masa kini, kerana faedah yang ditawarkan oleh semua matawang tersangatlah rendah, kecuali AUD & NZD. Sebagai perbandingan, NZD pada 8 tahun lepas memberikan faedah 8.25%, kini hanya menawarkan 3.50%, iaitu lebih rendah sebanyak 4.75%!! 

Jadi, tidak banyak untung yang boleh diperolehi melalui strategi sebegini. Lupakan saja Carry Trade… Cuba untuk faham dan belajar sekadar ilmu maka boleh.